bertemu jodoh

Submitted by hasrulhamimie on

Assalamualaikum warga baitulmuslim. Kami terima email daripada salah seorang calon mengenai bertemu jodoh. Ini merupakan email beliau : 

 

Assalamualaikum. Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan BM yang sejujurnya saya tidak tahu kewujudannya. Tapi Alhamdulillah Allah takdirkan saya terlihat page Fb BM di laman FB saya dan saya terus mendaftar. Syukur sekali lagi saya telah bertemu seseorang di Bm dan in sya allah akan bertunang dalam masa terdekat. Mudah mudahan Allah permudahkan.  Wassalam. Alhamdulillah. Tahniah kepada kedua calon. Kami mendoakan akan agar urusan mereka untuk kahwin dipermudahkan Allah,  Admin baitulmuslim.com