Assalamualiakum...
Alhmadulillah, pagi ini kami dapat email dari calon memberitahu bahawa beliau bakal mendirikan masjid akan datang. Ini email yang kami terima dari beliau.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.
Kepada semua pentadbir BaitulMuslim.com, Saya ingin memaklumkan bahawa saya, xxxxxxxxxxx, telah bertemu jodoh dengan pasangan saya, xxxxxxxxxxxxxx, melalui laman sesawang BaitulMuslim.com. Kami telah bertunang pada xxxxxx yang lepas dan akan berkahwin pada xxxxxx nanti, in sha Allah. Kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pentadbir BaitulMuslim.com kerana menyediakan platform ini yang melaluinya Allah SWT telah menemukan kami, alhamdulillah. Kami juga ingin mengundang semua pentadbir BaitulMuslim.com ke majlis kesyukuran perkahwinan kami. Saya sertakan bersama emel ini salinan lembut kad undangan bagi majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki untuk rujukan. Saya telah mengisi borang pemakluman bertemu jodoh di BaitulMuslim.com, namun saya juga ingin memaklumkan pertemuan jodoh kami melalui emel kerana tiada ruangan untuk mesej peribadi di dalam borang pemakluman bertemu jodoh tersebut. Sekian, terima kasih. Jazakumullahu alkhair. Yang benar, xxxxx & xxxxxxxx Alhamdulillah, tahniah buat pasangan... barakallah....