Bertemu jodoh di baitulmuslim.com

Submitted by hasrulhamimie on

Kami terima email lagi daripada calon baitulmuslim : " Syukur, sudah ketemu cik puan peminjam tulang rusuk saya dari senaraituan/ cik puan. Rezeki kami sekeluarga dapat menunaikan umrah dalam satu rombongandengan keluarga bakal isteri awal xxx . Kenal mengenali keluarga masing-masing sepanjang xx hari di sana, kami tak sempat bertukar kata-kata, sekadar bertukar senyum ketika berselisih di dewan makan. Alhamdulillah, keluarga kami bersetuju untuk bertukar dulang hantaranpenghujung xxxx . Walaupun tidak bercinta, lebih selesa berkawan,kami bersetuju untukbernikah kerana Allah swt dan sunnah rasulNya. Insya Allah, majlis kami di penghujung xxxx nanti. Walaupun bukan kisah cinta di bumi anbia,yang pasti ianya pemberian darisebaik-baik dan sehebat-hebat perancang. Kami bersyukur, melalui ikhtiar dan usaha pihak tuan/cik puanmenyediakan platform Baitul Muslim dapat memberi ruang tambahan untuk peserta saling berkenalan. Kami doakan peserta yang lain bertemu pasangan. Jangan putus bergantungharapan dengan Allah.   Jazakallah untuk tuan dan cik puan dari kami Admin baitulmuslim.com