Lagi bertemu jodoh di baitulmuslim.com

Submitted by admin412 on

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, kami menerima berita gembira dari seorang calon baitulmuslim sekejap tadi. Beliau memberitahu bahawa telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com dan bakal mendirikan mahligai keluarga muslim tidak lama lagi. Ini email yang kami terima dari beliau.

 

Alhamdulilah...Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan Baitul  Muslim sebagai medium dalam usaha pencarian jodoh yang Islamik.  Saya (xxxxxxxxx) telah menemui jodoh di BM ini dan  telah  pun bertunang baru-baru ini setelah melalui proses perkenalan sejak xxxxx  tahun xxxx yang lalu.

 InsyaAllah, hasil daripada perbincangan kedua belah pihak keluarga, kami  bakal bernikah hujung tahun nnti insyaAllah. Justeru, saya ingin agar pihak Baitul Muslim menutup akaun BM saya.

Doakan kebahagiaan kami dan diharapkan agar ramai lagi yang akan menemui  jodoh di platform BM ini.

 

Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari team baitulmuslim. Barakallah.