Assalamualaikum...
Alhamdulillah, lagi bertemu jodoh di baitulmuslim. 2 orang calon bakal membina mahligai baitulmuslim. Pagi ini kami menerima email gembira dari mereka, ini adalah email dari calon tersebut.
Assalammulaikum..
Saya sekadar ingin mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan platform ini untuk muslim mencari jodoh. Saya telah berkenalan dengan seseorang dan telah merancang untuk berkahwin pada bulan xxxxx ni.. insyaAllah.. Sebagai seorang ibu tunggal, saya tak mempunyai banyak masa untuk diluangkan mengenali seseorang secara fizikal, jadi website ini yang membenarkan saya berkenalan secara maya, pada saya amat membantu. Bakal suami saya juga seorang duda dan kami berdua sudah sama2 bersedia untuk membina hidup baru. InsyaAllah. Terima Kasih Baitul Muslim.. Hanya Allah sahaja yang bakal membalas usaha murni kalian. Assalammualaikum.
Alhamdulillah, tahniah buat pasangan ini dari pihak kami baitulmuslim. Barakallah.