Assalamualaikum. Harap semua pengunjung dan ahli baitulmsulim sihat wal afiat. Kami terima email memberitahu tentang bertemu jodoh lagi. Ini email tersebut : Assalam admin, Alhamdulillah, beberapa hari selepas join BM, sy telah berkenalan dgn beberapa calon. Namun, salah seorang drpd mereka ternyata cukup membuatkan setiap istikharah sy tenang. Malah, seminggu kemudian dgn gentlemannya, dia telah ke rumah menemui org tua sy dan merisik. In sha allah, kami akan bertunang pd xxx dan melangsungkan pernikahan pd xxxx ini. Alhamdulillah, perancangan allah sebaiknya. Terima kasih BM kerana menjadi medium kami bertemu jodoh. Semoga dipermudahkan urusan baik kami dan semoga BM terus success. Alhamdulillah. Lagi satu pasangan dapat di satukan. Semoga pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ini bahagia di dunia hingga syurga. Amin. Admin Baitulmuslim.com