Bertemu jodoh di Baitulmuslim

Submitted by Anonymous (not verified) on

Assalamualaikum. 

Pihak baitulmuslim.com telah menerima email daripada salah seorang ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com. Email daripada calon tersebut adalah seperti ini :

 

"Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas semua nikmat-Nya kepada hamba-hambaNya. Untuk pengetahuan admin, saya ditakdirkan Allah bertemu jodoh di ruangan Baitul Muslim.com pada akhir tahun xxxx selepas disyorkan oleh seorang sahabat supaya menggunakan website Baitul Muslim.com sebagai salah satu usaha mencari jodoh. Kini saya dan bakal suami  sedang dalam persiapan membuat urusan walimah yang akan diadakan awal tahun xxxx. Ruangan yang disediakan oleh Baitul Muslim.com benar-benar membantu saya bertaaruf dan mengenali bakal suami dengan cara yang berlandaskan syariat Islam. Alhamdulillah.  Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah menggerakkan hati saya menggunakan ruangan Baitul Muslim.com dalam mencari pasangan hidup yang soleh. Terima kasih juga kepada pihak admin Baitul Muslim.com yang berjaya menyediakan ruangan yang sangat baik dan memenuhi landasan Islam dalam membantu muslim dan muslimah mencari jodoh mereka mengikut lunas-lunas Islam. Syabas." Pihak baitulmuslim.com sangat gembira dengan berita ini. Tahniah sekali lagi buat bakal pengantin. Semoga rumah tangga yang dibina nanti dalam barakah Allah. Admin Baitulmuslim.com