Assalamualaikum.
Semalam, pihak baitulmuslim.com telah menerima satu email daripada ahli yang berdaftar di baitulmuslim.com. Emailnya adalah seperti yang di bawah :
" Terlebih dahulu terima kasih pada ALLAH kerana telah menemukan jodoh. terima kasih juga pada baitul muslim kerana menyediakan tapak untuk bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah pada ALLAH kerna dengan izin Nya saya telah dipertemukan jodoh di laman ini.. setelah sekian lama pencarian akhirnya saya bertemu juga pasangan hidup saya. mungkin terlalu awal.. setelah bertemu dengan kedua orang tua pasangan masing-masing.. setelah perbincangan kami bersetuju untuk pada bulan xxx nanti untuk merisik.. dan pada bulan xxx pihak saya akan menghatar rombongan peminangan..
Ribuan terima kasih pada admin kerana dengan bantuan pihak admin saya bertemu jodoh.. syukur alhamdulillah... mohon doanya... "
Alhamdulillah, satu pasangan lagi telah bertemu jodoh. Kepada yangf menghantar email, semoga anda cepat-cepat kahwin dan hidup sebagai suami isteri yang sah dan barakah. Taniah dari kami.
Admin
Baitulmuslim.com