Alhamdulillah, kami menerima satu email dari ahli berdaftar di baitulmuslim.com yang memberitahu dia sudah bertemu jodoh. Berikut adalah email dari calon tersebut : " Assalamualaikum...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak baitul muslim di atas kemudahan yg disediakan bagi kami ,muslimin muslimat dalam usaha mencari jodoh.. Alhamdulillah, saya telah berkenalan dgn bakal suami pada xxxxx.. perkenalan kami yg singkat terus dibawa kepada pengetahuan org tua... alhamdulillah, tali bertunangan telah diikat pd xxxx .. in sya allah, dgn izinNya, majlis pernikahan kami akan diadakan pada xxxxxx.. Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha pihak baitulmuslim dalam mewujudkan ruangan ini... hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.. barakallah... "
Alhamdulillah, kami hanya menolong apa yang termampu. Yang selebihnya adalah usaha calon dan tawakal kepada Allah.Barakallah buat pasangan yang bakal berkahwin ini. Semoga perkahwinan yang dibina nanti sakinah, mawaddah dan rahmah.
Wallahualam.
Admin
baitulmuslim.com