mendapat email dari ahli baitulmuslim.com:
Pertamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah membuka hati saya dan pasangan utk mengisi borang bait muslim di web baitulmuslim yang dikendalikan oleh para admin sekalian.
Alhamdulillah dan sekalung penghargaan terima kasih saya dan bakal tunang sy ucapkan kepada pengendali web baitulmuslim kerana website ini telah menjadi wadah kepada pertemuan kami.
Buat pengetahuan pihak admin, sy dan xxxxxx akan mengikat tali pertunangan pada xx Disember ini di rumah saya, di xxxxxxx.
Semoga byk lagi pasangan yg akan bertemu jodoh selepas ini dan dengan doa moga web baitulmuslim akan terus sukses dan dirahmati Allah dalam menjalankan usaha-usaha ke arah membina rumahtangga bahagia; mawaddah, rahmah wa sakinah.
Terima kasih, jazakumullah dan semoga Allah terus memberkati kalian.
Ikhlas daripada,
(calon lelaki)(calon wanita)
12.12.12
tahniah diucapkan.